MENGENAL JENIS KOMUNIKASI MANUSIA


Assalamualaikum semua, 

Hari ni aku nak berkongsi tentang satu teori dan ilmu dalam komunikasi yang dikongsi oleh seorang peguam bernama Amy Scot dalam satu program perkongsian terkenal Ted Talk di YouTube. Tajuk video beliau adalah "Build dont break relationship" . Ianya lebih kepada study tentang cara kita memproses idea, pendapat atau fikiran kita. Dalam video tersebut beliau menjelaskan setiap manusia mempunyai komunikasi yang berbeza dan unik. Sebelum kita menelusuri pembacaan ini, Amy telah menimbulkan beberapa persoalan antaranya :

"Bagaimana kalau komunikasi semuajadi kita membuatkan sesuatu hubungan menjadi tidak baik?"

"Bagaimana jika setiap kali kita mula bercakap saja pasti berlaku salah faham?"

Dan beliau menambah "Sebenarnya cara kita berkomunikasi adalah risiko besar dalam sesuatu perhubungan".

Pernah dengar tak orang selalu cakap mulut kata lain hati kata lain? sebab tu la penting nya belajar kemahiran komunikasi ni, supaya kita tahu dan lebih peka dengan style komunikasi semulajadi kita dan orang sekeliling, sekaligus dapat membina perhubungan yang sihat.

Melalui video yang dikongsikan, beliau membahagikan jenis komuikasi manusia kepada 4 kategori warna. 

Pertama : Warna Ungu

Mereka dengan personaliti ungu kebiasannya banyak bercakap. Kerana mereka mendapat banyak idea dengan bercakap. Bahasa mudahnya, lebih banyak mereka bercakap lebih banyaklah idea mereka keluar. Mereka jenis personaliti ungu ini mempunyai daya tenaga yang tinggi. Kebiasaannya, mereka ini apabila berkomunikasi mereka lebih terkesan dengan ayat “ Apa yang awak mahu?”, selepas itu, anda akan saksikan betapa banyaknya perkataan yang keluar dari mulut mereka ini.

Kedua : Warna Merah

Mereka yang personaliti merah tidak suka bercakap. Mereka hanya bercakap perkara yang penting sahaja. Mereka suka memproses maklumat dengan berfikir. Senang cerita, mereka ini suka berkomunikasi gaya ‘straight to the point’ 'cakap direct' tak suka berkias kias. Boleh jadi orang sekeliling mudah salah faham dengan personaliti merah ini, kerana terkadang mereka tidak memikirkan soal perasaan orang lain dan hanya fikir untuk cakap perkara yang betul. Apabila mereka inginkan sesuatu maklumat, mereka inginkan dengan kadar segera 'sekarang'. Kebiasaannya mereka ini, hanya berminat untuk mendengar fakta dan maklumat sahaja. Mereka suka berkomunikasi dalam bentuk soalan 'di mana' dan lebih terkesan dengan pernyataan jawapan yang berbentuk 'di mana'. Contoh mereka disoal tentang tempat yang strategik untuk berniaga, dari situ anda akan dapat banyak maklumat penting dan fakta yang anda tak terfikir pun.

Ketiga : Warna Kuning

Komunikasi mereka yang personaliti kuning sejenis yang menerima maklumat dengan cara menukarkan maklumat yang diterima dalam bentuk gambaran. Mereka juga suka suasana yang kemas, bersih dan nampak tersusun. Kebiasaan mereka yang komunikasi kuning adalah seorang yang mengikut S.O.P. dan bagi mereka MASA adalah penting. Jika anda hadir ke temujanji yang diatur pada pukul 2.00 petang dan anda hadir pada pukul 1.59 petang itu sudah dikira lewat pada mereka. Mereka lebih terkesan dengan penyataan soalan “Bila?”. Mereka lebih peka dengan perkara yang melibatkan masa dan tempoh.

Keempat : Warna Biru

Mereka ini, memproses maklumat dengan cara mengikut 'rasa' atau gerak hati (intuition). Mereka perlu memproses maklumat yang diterima tadi ke seluruh badan. Orang kata 'ambil feeling' . Menariknya mereka dengan personaliti biru ini, tahu bila mereka perlu melaksanakan dan menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan. Mereka berpegang kepada prinsip “Finish thing and everything go well”. Kebiasaannya mereka ini lebih terkesan dengan persoalan "kenapa?". Kenapa mereka perlu melakukan sesuatu tugasan. Contohnya, mereka disuruh membersihkan bilik dengan kadar segera. Biasanya arahan sebegini susah untuk dilaksanakan mereka ambil masa untuk proses maklumat yang diterima. Mereka lebih menghargai dan teruja jika kita terangkan alasan dan sebab mereka perlu kemas bilik. Pasti selepas itu, mereka lebih bersemangat untuk melakukan tugasan tersebut walaupun ia mengambil masa untuk memproses dan bertindak mengikut gerak hati.

Bayangkan sekiranya dalam satu organisasi personaliti merah perlu bekerjasama dengan orang personaliti ungu? Merah akan rasa annoying dengan orang ungu yang suka bercakap dan tak berhenti haha. Kelakar kan? Tapi apa jadi kalau kita kuasai pengetahuan tentang kemhiran komunikasi ni? Betul! tepuk dada tanya diri sendiri.

Kesimpulannya, kemahiran komunikasi sangat penting dalam kehidupan. Ia membantu memudahkan urusan dalam perhubungan kita dan menyampaikan maksud sebenar apa yang kita mahukan daripada perbincangan. Bayangkan jika kita menguasai seni komunikasi ini dan memahami setiap komunikasi semulajadi setiap manusia? Pasti kita akan belajar berlapang dada,dan semua manusia akan hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

Bagi aku secara peribadi, aku percaya untuk memahami kehendak seseorang, teliti penggunaan bahasa (bahasa komunikasi) yang dia gunakan. Semua ini perlukan latihan, perlu lebih banyak bacaan tentang buku-buku komunikasi dan tonton lebih banyak kajian mereka yang pakar. Ianya perlukan masa dan perlu melalui beberapa kesilapan baru lah kita boleh kuasai inshaAllah sampai masanya kita dapat baca corak pemikiran orang lain hanya dengan melihat pada bahasa komunikasinya.

Sekian perkongsian daripada aku. Untuk lebih faham dan jelas lagi, boleh klik link berikut untuk tonton perkongsian Amy Scot https://www.youtube.com/watch?v=Jp9b2Hf7QWg
Sekiranya ada mana-mana kandungan yang aku tulis tak selari dengan apa yang disampaikan dalam video, aku mohon maaf. Aku alu-alukan sekiranya anda ingin menulis perkongsian video di ruangan komen.

Persoalannya, apakah warna komunikasi semulajadi anda? :)

Boleh kongsikan di ruangan komen 😃.

InshaaAllah entry seterusnya aku akan kongsi tentang jenis-jenis emosi. Ilmu ni aku belajar daripada salah seorang ustaz. Teori yang beliau kongsikan lebih kurang sama dengan Amy Scot tapi ni lebih menjurus ke arah emosi dan ilmu ni ustaz banyak ambil rujukan daripada kitab Imam Ghazali. Sejujurnya, aku sangat teruja nak belajar ilmu-ilmu mengenal manusia ni dan aku agak obses sikit sebab aku boleh kenal dengan lebih lagi tentang diri aku, tentang personaliti aku.

Lastly stay home, stay safe Malaysia.

Salam Ramadhan 1441 H dan Selamat menjalani ibadah puasa 😊

Terima kasih kerana sudi membaca.

Catatan Popular