KENANGAN MANIS DI PULAU TINGGI MERSING

Assalamualaikum semua,

Ini adalah entry pertama aku untuk tahun 2019 dan pertama kali jugak aku menulis dalam blog. Jadi untuk entry pertama ni aku exited nak share pasal trip ke Pulau Tinggi Mersing, Johor. Trip ni dari tahun lepas lagi, cuma aku je la yang lambat update. Biasalah alasan busy padahal celah mana busy pun aku tak tahu haha.

Ok ringkas cerita, raya haji tahun lepas dalam bulan ogos 2018 aku dan durro plan pergi bercuti memandangkan kiteorang masing-masing takde kampung nak balik sadisnya. Jadi lepas discuss dan buat beberapa research, akhirnya kiteorang decide pergi pulau area mersing. Haa jangan tak tahu, kat johor ada pulau tau. Aku orang johor pun baru tahu dan sebagai rakyat johor aku bangga ada pulau secantik maldives kat mersing. Pulau kat johor ni banyak, sampai pening nak pergi mana satu serius semua cantik. Nak tahu pulau-pulau kat johor klik sini. Dah lah cantik, bersih dan tak tercemar lagi. Kalau nak tahu pulau-pulau kat mersing ni di bawah jagaan Sultan Johor, sebab tu lah tak komersial dan tak ramai orang tahu pakej pun agak mahal sikit tapi berbaloi. Last2 kiteorang pilih pergi pulau tinggi sebab pakej ni je yang available dengan tarikh kiteorang dan harga masih dalam bajet. Pulau Tinggi ni lebih privasi tak banyak pelancong sesuai untuk travel berdua dan nak lari dari bising bandar. So, lets pack and its time for holiday. Pulau Tinggi aku datang! 

Jom layan pemandangan pulau tinggi dulu.

PEMANDANGAN YANG MEMUKAU MATA


BUNYI OMBAK TERAPI KETENANGAN

Untuk makluman, trip ni bukan trip bajet atau backpacker. Ni lebih kepada luxury but still under budget. Ikutkan jiwa aku memang nak backpacker tak nak amek pakej tapi disebabkan semua urusan berpihak kepada pakej, aku pun terpaksa ambil pakej. 

Satu perkara yang anda harus tahu, pulau tinggi ni terletak 70km dari bandar mersing lebih kurang 1 jam. Untuk ke sini anda harus naik dari jeti tanjung leman bukan jeti mersing. Takde perkhidmatan bas jauh sekali grab. Jadi kiteorang decide, aku bawak kereta dari batu pahat dan durro naik bas dari TBS ke stesen bas mersing perjalanan 5 jam kalau tak silap. Berikut adalah itinerary trip pulau tinggi, mersing.

Hari Pertama  

Pukul 12 tengahari aku gerak dari batu pahat perjalanan lebih kurang 2 jam. Sampai pukul 2.30 petang tak lama lepas tu durro pulak sampai stesen bas mersing amek dia dan terus cari hotel bajet area bandar. Plan asal nak panjat gunung arong sebelum pergi pulau esoknya tapi durro sampai mersing pun dah lewat, maka misi dibatalkan. 

STESEN BAS MERSING


JETI BERDEKATAN STESEN BAS MERSING


Bagi sesiapa yang bercadang nak pergi pulau area jeti mersing boleh naik bas dari TBS ke stesen bas mersing. Jangan risau jeti mersing dekat je dengan stesen bas mersing boleh naik teksi atau grab untuk ke sana. Aku nasihatkan amek pakej siap-siap dengan mana-mana ajen untuk memudahkan segala urusan. Ataupun korang boleh deal pakej dengan pihak hotel tempat korang bermalam.

Lepas cek-in hotel kiteorang jalan-jalan area bandar. Biasalah kalau dah berjalan nampak pulak tempat cantik mestilah nak bergambar. Tengah-tengah posing tu ada je orang yang lalu lalang menegur ada yang sempat melambai-lambai kat aku dan durro haha punyalah peramah orang mersing ni alahai buat aku feeling retis je la. Kiteorang pilih jalan kaki je dari pantai ke pekan mersing ni sebab tempat dekat-dekat je. Syok jugak jalan kaki petang-petang, angin sepoi-sepoi lepastu tengok gelagat orang tempatan paling penting dapat keluarkan peluh fuh!


MASJID JAMEK MERSING


PEMANDANGAN DARI MASJID JAMEK, MERSING

Malam tu kiteorang makan kat mamak je sebab tak jumpa kedai lain maklum lah cuti raya haji. Habis makan singah minimart area hotel beli kudapan sikit bekal sepanjang kat pulau nanti. Pulau kan jauh dari darat takkan nak berenang pergi beli maggi hotcup semata-mata huhu.


Hari Kedua

Pagi-pagi lagi kiteorang dah gerak dari bandar mersing ke jeti tanjung leman sebab janji dengan abang bot pukul 9 ada kat jeti. Sampai jeti bayar tiket taman laut RM15 tak silap . Ingatkan sampai jeti dah boleh gerak terus rupanya kene tunggu lagi satu group lelaki tak sampai lagi. Aku baru teringat yerla takkan abang bot nak bawak 2 orang je rugi la jadi dia akan gabungkan dengan mana-mana group yang nak pergi tarikh yang sama. Jadilah kiteorang 2 perempuan 9 lelaki. Siap ade budak laki yang bersuara "Eh ada bunga la" sabar je la aku. Cukup semua abang bot pun gerak. Perjalanan dari jeti tanjung leman ke pulau tinggi amek masa 45 minit. Sampai je jeti pulau tinggi dah rasa exited tengok air biru jernih pastu nampak sekumpulan ikan berenang-renang di sekeliling kayu jeti (sila bayangkan). Mashaallah cantik betul memang setanding pulau maldives. Bagi aku, pulau kat malaysia dah cukup cantik kalau nak dibandingkan dengan pulau-pulau luar negara. Kalau korang bercadang nak bercuti ke pulau kat luar negara aku cadangkan pergi tengok dulu pulau kat malaysia confirm terpegun tak nak balik rumah.

Turun dari bot terus jumpa kak noren bayar duit pakej dan cek-in bilik. Bilik dia ok selesa toilet luas cuma nak solat ruang agak terhad. Lepas letak bag aku ajak durro kayak dah lah panas terik memang rentung kulit muka. Pastikan pakai sunblock ye. Kayak ni dia kira rm 40 sorang untuk tempoh 2 jam macam dah boleh kayak balik jeti tanjung leman kan. Lama tuh kayak 2 jam padahal kayak area jeti tu je tak jauh mana pun ibarat kayak kat swimming pool dari hujung ke hujung haha tapi yang ni laut bukan tasik ye cabaran dia tu boleh tahan sebab ombak masa ni memang kuat. Apa boleh buat jiwa sis jenis sukakan cabaran huhu. Lepas 1 jam kayak dah penat cakap kat abang tu sambung esok. Kebetulan makan tengahari pun dah siap kak noren panggil suruh makan. Comel kan? sebijik macam kat kampung nenek aku panggil balik suruh makan tengahari. Habis makan rehat kejap lepas tu terjun laut. Rugi la dah sampai pulau tak mandi puas-puas kan alang-alang tu rentungkan sekali muka baru nampak bukti pergi pulau. Sampaikan ada yang sangka kiteorang ni orang pulau sebab kulit muka original semacam haha. 




JETI TANJUNG LEMAN






DAH READY NAK KAYAK

  PENAT, REHAT KEJAP




CUACA CANTIKNYA SUBHANALLAH CUMA KULIT MUKA KAU YANG RENTUNG


GERAM KAN TENGOK AIR LAUT




Untuk hari kedua aktiviti tak banyak sangat, harus pandai bawak diri ye anak-anak. Kalau yang tak biasa mungkin akan bosan sebab line pun takde sangat kat sini. Bagi yang betul-betul datang nak cari ketenangan dan lari dari bising bandar ya anda berada di tempat yang betul. Petang tu pergi hiking tengok air terjun. Trek dia boleh tahan mencabar jugak ada dalam 15 - 20 minit hiking. Balik dari hiking kiteorang explore kampung orang pulau kat belakang homestay walaupun macam scary je sampai sasul baca ayat kursi tapi best la tengok rumah diorang keliling hutan lepastu habiskan masa jalan-jalan tepi pantai tengok sunset.


PERGI HIKING AIR TERJUN




TREK MENUJU AIR TERJUN




JALAN JALAN KAMPUNG MACAM PINTU KE ALAM LAIN




LAYAN PERASAAN



SUBHANALLAH




VIEW SUNSET




Hari Ketiga

Aktiviti hari ketiga kiteorang snorkeling dan hiking kat pulau sibu kukus. Snorkeling sepatutnya abang bot bawak 5 tempat tapi disebabkan gerak pun dah lewat, jadi dapat pergi 4 tempat je. Masa tunggu giliran kiteorang untuk pergi snorkeling, kiteorang sempat merasa durian pulau. Memang durian ni ada jual kat tepi pantai rare kan?Rasanya boleh tahan sedap dari durian darat.




HIKING PULAU SIBU KUKUS






THE VIEW SUBHANALLAH


RASA DIA SEDAP DAN BERLEMAK



DURIAN PULAU



Hari Keempat 


Hari terakhir kat Pulau Tinggi sedihnya! Pagi tu kiteroang hayati pemandangan pulau untuk kali yang terakhir. Siap rasa nak terjun laut. Lepas tu, pergi sarapan. Masa sarapan aku perasan geng lelaki yang pergi sekali dah siap kemas bag semua. Pelik jugak sebab abang bot takde bagitau apa apa pun kat kiteorang. Aku dengan durro pun masuk bilik lepak kejap siap baring lagi haha. Aku siap mandi weh! Lepas 10 minit macam tu aku perasan kat luar sunyi je, rupanya kak noren bagitau bot dah ready kat jeti. Ya Allah apa lagi kelam kabut aku packing barang berlari sambil gelak-gelak dengan durro. Nampak sangat tak nak balik darat hahaha. Sampai kat bot apalagi kene boo dengan budak laki sebab lambat setengah jam. Nasib la. 

Bila sampai kat jeti tanjung leman kiteorang pun terus gerak nak cari keropok lekor. Sempat lagi berhenti tepi jalan semata-mata nak bergambar kat jalan kampun yang takde kereta.


NAMPAK COOL TAPI DALAM HATI TAKUT


Lepas cari keropok lekor, kiteorang pun explore kawasan kampung area mersing dan terjumpa pulak Pantai Air Papan. Apa lagi lepak situ sambil makan satar panas la. Ya Allah nikmatnya, angin sepoi-sepoi bahasa fuh tenang betul. Rasa macam semua masalah pergi mengikuti angin yang berlalu. Gituhh. Oh sebelum terlupa, kalau nak cari keropok lekor kat area mersing ni taip je kat google maps 'keropok lekor mersing'. Boleh ikut maps, kat situ sedap dan banyak pilihan. Satar dia pun sedap tau. Mersing ni cuaca dia panas terik, jadi rajin-rajinkanlah pakai sunscreen dan pakai sunglass ye.

Sepanjang jalan kat mersing tu, kiteroang kagum sangat mana taknya orang bandar masuk kampung jakun betul, dikelilingi pokok-pokok hijau, rumah-rumah kayu, siap sekolah pun dekat dengan pantai. Kalau kau tertekan belajar boleh release stress kat situ, seronok hidup kau dik!



LEPAK TEPI PANTAI SAMBIL MAKAN SATAR





POKOK KELAPA YANG MENENANGKAN


Kebetulan balik dari lepak Pantai, jumpa masjid Kampung Air Papan, nampak unik sangat. Jadi bergambar la kita sebagai kenangan. Bukan senang nak datang Mersing ni. Hari terakhir ni rasa berat sangat nak tinggalkan Mersing. Pati terngiang- ngiang suasananya yang damai, udaranya yang belum tercemar dan orangnya baik dan peramah. Kalau ada rezeki lebih memang aku nak buat rumah kat mersing, kerja kat mersing dan aku nak anak-anak aku membesar kat mersing ok ini over. Nampaknya, kene lah cari orang mersing. Ok done berangan!






BERGAMBAR DI DATARAN KEMBARA




SELAMAT TINGGAL MERSING :(






SENTIASA DALAM INGATAN, PULAU TINGGI



MACAM DALAM LUKISAN

Mungkin lepas ni datang Mersing berdua pulak mana tau kan hahaha. (berangan kuasa 2)
Doakan aku rajin nak menulis, sebab menulis ni perlukan masa dan mood yang stabil kalau tak hambar je tulisan nanti. Bajet sepanjang trip Pulau Tinggi ni aku akan kongsi pada entri yang seterusnya.


Terima kasih kerana sudi membaca. Harap apa yang aku tulis ni dapat membantu merancang percutian korang :) 

Jumpa next entry, Assalamualaikum.