PENGALAMAN BERKENALAN DENGAN ORANG YANG TAK DIKENALI

Assalamualaikum semua,


 Buku UNBREAKABLE


Korang mesti familiar dengan ayat "kalau ada jodoh inshaallah" atau "kalau jodoh kita kuat, inshaallah". Biasanya ayat ni digunakan untuk menolak cinta seseorang dengan cara 'baik' atau menolak untuk ke peringkat yang serius dengan alasan tidak mahu melukakan hati seseorang. Malangnya, ia tidak membantu. Memberi 'hint' secara 'baik' pada seseorang dengan bahasa kiasan seperti ni tidak menyelesaikan masalah malah ia menyebabkan kita memberi harapan palsu pada seseorang, niat asal yang kononya tidak mahu melukakan hati orang yang ditolak boleh jadi lebih parah. Kenyataannya kita akan membuatkan seseorang itu menghabiskan banyak masa dan sebahagian hidupnya berharap kepada kita. Berbanding jika berterus terang, terluka kerana ditolak itu pasti ada, tapi itu lebih baik kerana dia tahu dan sedar bahawa dia ditolak. Jadi lebih mudah untuk seseorang tu move on. Aku tak cakap yang semudah petik jari, of course ambil masa tapi seiring waktu luka tu lebih senang sembuh kerana luka yang dialami tak parah berbanding kalau berharap pada sesuatu yang tak jelas. TBH, aku pernah kene dan syukur aku dah move on haha.

Bagi aku golongan yang banyak guna ayat ni, kebiasaannya lelaki. Sebab apa aku cakap macam tu? sebab lelaki ni kalau dia tak nak kat seorang perempuan dia tak sampai hati nak bagitahu direct yang "aku sebenarnya tak nak kat kau pun" jadi ayat selamat apa dia? yess betul tekaan korang. Ini hanyalah pendapat aku berdasarkan pengalaman aku yang terhad. Kita tak boleh jugak meletakkan justifikasi yang lelaki semua sama hanya kerana kita jumpa beberapa lelaki yang tak menepati expectation kita.

Sebagai perempuan, aku tak nak korang buang masa dengan hubungan yang tak serius dan samar-samar. Kenapa? sebab ia secara perlahan mencederakan emosi. Aku tak nak korang invest pada perkara yang tak berbaloi. Jadi, aku nak kongsi hint-hint yang mungkin seseorang tu menolak perasaan korang. Kerana ini adalah hint yang korang tak boleh abaikan!

1) DIA TAK KISAH KALAU KAU BERKENALAN DENGAN LELAKI LAIN

Kisahnya bermula tahun lepas. Kawan aku kenalkan aku dengan kawan suami dia. Kawan aku pun bagi nombor telefon aku kat mamat ni. Mula aku berat hati nak terima sebab aku tak suka berkenalan cara macam ni. Tapi last sekali, terpaksa terima jugak dengan hati tertutup *rolling eyes. Ringkas cerita masa berkenalan, dia selalu cakap yang dia tak kisah kalau aku nak berkenalan dengan lelaki lain. Apa dia ingat aku ni jenis perempuan yang berkenalan dengan ramai lelaki dalam satu masa? Astaghfirullah..ketahuilah kawan-kawan ini sebenarnya dia nak cakap yang dia tak nak serius dengan kau.

2) SELALU BAGI ALASAN SIBUK

Lepas sebulan kenal, dia ada bagitahu ramai perempuan yang dia kenal sebelum ni, tak sanggup nak teruskan hubungan dengan dia disebabkan kesibukan dia dengan kerja dan dia bukan jenis lelaki yang ada masa untuk bagi perhatian selalu. Aku macam what? perhatian? come on.. siapa yang nak kenal dengan siapa ni? Waktu ni aku dah rasa macam dia tak berminat nak kenal pun. Tapi disebabkan aku bertugas sebagai guru ganti sementara kat sekolah dan sibuk mengajar, aku abaikan. Sebab aku fikir aku pun sibuk jugak. Ini hint nombor dua. Aku tak tahu la apa yang dia fikirkan masa ni.
Bagi aku, bila kau dah setuju untuk berkenalan dengan seseorang, seharusnya tunjukkan usaha untuk mengenali seseorang. Dan mesej adalah salah satu tanda usaha untuk mengenali seseorang dengan serius. Bukan bermaksud kene mesej hari-hari untuk kau kenal peribadi seseorang tu, cukuplah kau mesej perkara-perkara penting, tanya tentang  latarbelakang keluarga dia, pekerjaan, atau boleh guna 100 premarital qusetion, boleh google. BTW, Aiman Azlan yang cadangkan soalan ni dalam buku dia UNBREKABLE. Jadi takda la buang masa mesej perkara yang tak perlu dan merepek. Sekaligus, risiko pelaburan emosi dapat dikurangkan. Sampai la satu tahap korang memang tak boleh nak teruskan hubungan, samada jawapan daripada istikharah yang tak mengizinkan atau ada kelakuan dia yang korang tak boleh terima. Bukan lah nak yang sempurna tapi ada kriteria tertentu yang kita tetapkan mengikut prinsip kita. Bab pemilihan pun penting tau. Macam mana nak pilih boleh baca buku yang aku cakap tadi.

3) BAGI PICKUPLINE

Ok ini hanya terpakai untuk aku je kot. Kalau korang suka lelaki bagi pickupline terpulang pada pendapat masing-masing. Bagi aku, itu sangatlah tak sopan. Mungkin bagi orang lain, ia hanyalah remeh tapi pada aku, ianya isu besar. Lain orang lain prinsip kan. Sebab aku percaya lelaki yang baik tak guna cara macam tu unless dah berkahwin. Atau mungkin aku jenis perempuan yang tak suka lelaki mulut manis, Dari dulu pun kalau ade lelaki mengorat dengan ayat manis..aku memang akan whatever!*rolling eyes. Ada sekali tu kiteorang mesej pasal apa tak ingat tiba-tiba dia bagi pickupline nak pergi ke hati aku. What? Dah kenapa? Sejujurnya aku tak suka lelaki mulut manis yang suka mengorat dengan cara murah guna ayat pickupline. Lepas dia buat macam tu,aku terus senyap 2 minggu dan dia pun tak kisah tanya aku kenapa. Not surprise!

4) KEBANYAKAN KEADAAN DIA BANYAK SALAHKAN KAU

Yepp dalam banyak keadaan dia selalu cari salah dan banyak salahkan aku sebab selalu sibuk. Sampaikan malam aku selalu tidur awal takda masa nak borak panjang pun dia salahkan aku jugak. Kebetulan masa ni aku jadi cikgu ganti kene bertugas awal pagi, jadi kene lah tidur awal. Harey tol laki ni. Kalau dapat depan mata aku pukul satgi.Tapi bagus jugak, inilah masanya aku nak uji dia dengan 'kekurangan' aku.

5) BILA DITANYA TENTANG HUBUNGAN, JAWAPAN TAK PASTI DAN NAK TUNGGU SAMPAI SERASI.

Aku tanya dia macam mana dengan status hubungan. Dia hanya jawab belum bincang dengan parents Sedangkan aku sebelum dia nak kenal, aku dah bagitahu awal dekat mak aku, yer la orang yang kau tak kenal tiba-tiba mintak gambar semua, tak tahu baik buruk dia tak pernah jumpa depan-depan. Sekurang-kurangnya mak aku tahu aku mesej dengan siapa. Masa ni mak aku pesan satu je, kalau untuk main-main mak aku tak bagi, kalau serius datang rumah. Dan itu yang aku pesan di awal perkenalan lagi. Aku siap cakap, kalau tak berminat nak teruskan hubungan sila cakap direct jangan berkias sebab aku tak faham kias-kias. Tak lama lepas tu, dia bagitahu yang dia dah bincang dengan parents dia dan mak dia cakap kenal dulu, banyakkan solat istikharah, doa, munajat dan nasihat-nasihat ke arah agama yang sewaktu dengannya. lagi-lagi bila dia kata dia nak kawan sampai serasi, kalau macam tu sampai bila? Jujur masa ni aku dah mula rasa tak sedap hati, gerak hati aku mengatakan aku kene hentikan semua ni. Sampai la satu masa..

6) "KALAU JODOH KITA KUAT INSHAALLAH..."

Kiteorang bergaduh. Punca sebabkan pickupline yang aku cerita tu. Aku bagitahu dia tak perlu nak mesej sweet-sweet sangat say Good Night or whatever. Aku tak selesa weh. Tak tahu nak cakap macam mana tapi aku rasa tak selamat sangat bila dengan dia. Undescribeable. Perasaan yang tak dapat diterjemahkan. Ringkas cerita dia banyak salahkan aku sebab selalu sibuk, lepas tu malam selalu tidur awal takda masa nak borak panjang. Masa ni aku hilang kawalan sekejap, rasa serba salah dan rasa macam diri aku teruk sangat. Sampaikan aku benci diri aku sebab cakap yang aku tak selesa dengan dia, beriya aku mintak maaf cuma satu bende yang aku ingatkan diri aku, mintak maaf tak perlu sampai rendahkan diri. Akhir sekali dia bagitahu, kalau jodoh kita kuat inshaallah. Lepas daripada kejadian tu dia tak balas mesej dan senyap 3 minggu.

Peliknya, sepanjang dia senyap aku rasa happy sangat. Sepanjang tempoh tu jugak aku banyak  dekatkan diri dengan Allah, muhasabah diri aku, aku tanya diri aku, adakah lelaki macam ni yang aku nak jadikan pasangan dalam hidup? dan sebenarnya sebelum kejadian ni jadi aku memang buat istikharah dan ada lah musyawarah dengan ustazah aku, "mungkin ini jawapan daripada istikharah aku".

Lepas 3 minggu dia mesej semula, tanya khabar aku macam takda apa yang berlaku, mintak maaf pun tiada ye. Dengan ayat yang baik, aku terus terang pada dia yang aku tak berminat nak teruskan hubungan ni. Sempat lagi dia cakap tapi saya tak jumpa mak ayah awak lagi..aku diam dan hanya cakap terima kasih untuk perkenalan ni. Sorry man, i already give u chance but you not use it wisely. Good Bye. Perkenalan kiteorang hanya 3 bulan dan aku bersyukur aku tak perlu habiskan banyak masa untuk kenal dengan orang yang tak berminat. Aku syukur aku tak pernah jumpa dia, dan bersangka baik yang Allah nak pelihara aku.

Aku terima yang dia bukan jodoh aku, dan mungkin dia baik untuk orang lain. Sedih memang ada sebab aku dah ada perasaan tapi aku cakap kat diri aku, kalau teruskan hubungan ni aku mungkin akan tenggelam dalam harapan palsu dan jawapan yang tak pasti, dan emosi aku akan penat dan ada kemungkinan cedera, tapi kalau aku teruskan jalan, inshaallah Allah pasti sediakan yang lebih baik untuk aku. Perlahan aku bangun dan teruskan kehidupan.

Apa yang aku kongsi ni hanyalah sekadar pengalaman aku. Semuanya bergantung pada prinsip hidup masing-masing. Apa yang penting Aiman Azlan (seorang mentor anak muda) selalu pesan dalam bab perhubungan dengan seseorang "DONT GUESS, ASK!". Elakkan berteka teki, TANYA! berhentilah search kat google tanda-tanda seseorang sukakan anda, lebih baik tanya terus terang, jimat masa. Yes aku tahu bukan senang, perlukan seluruh kekuatan untuk cakap. Takpe kumpul lah kekuatan itu, dan kalau tak berminat beritahulah terus terang dengan ayat yang baik menggunakan seluruh kekuatan yang korang kumpul tadi. Samada ianya untuk menolak atau betanya untuk ke peringkat serius. Aku janji ianya berbaloi! Jadi apa yang kita boleh buat sekarang adalah sibukkan diri dengan persediaan menuju hubungan yang serius. Boleh baca buku UNBREAKABLE by Aiman Azlan, aku boleh kata yang tulisan dia sangat membantu. Mungkin matlamat kau akan lebih jelas lepas ni Inshaallah.

Ada 2 pesanan dariapada 2 orang kawan aku yang membuatkan aku kagum dan aku jadikan panduan sampai sekarang.

Pertama : Walaupun kita rasa lelaki tu serasi dengan kita atau dia ada ciri-ciri yang kita nak kalau Allah kata bukan jodoh, maka bukanlah. Dan kalau Allah kata belum sampai masa lagi, maka belumlah.

Kedua : Adakah berbaloi menghabiskan masa bertahun-tahun berteka teki samada dia suka kita atau pun tak?

Fikirkanlah.

Catatan Diari Kehidupan,
Hana Konichiwa

Catatan Popular